Mengenal pasti Elemen Semantik lawan Pengepala Bahagian dalam Aksara Radikal aksara Cina

Dalam aksara-aksara 姐, 媽, 她, 好, 姓 dan 妾, setiap aksara ini berkongsi satu komponen grafik yang sama: . juga ialah aksara tunggal (Pinyin: nǚ), yang melambangkan perempuan atau konsep kebetinaan. Maksud ini dibayangkan dalam kebanyakan aksara tersebut, namun hubungannya adakalanya bersejarah, kebudayaan, ataupun jauh dan kurang jelas. Bahagian yang lain dalam setiap satu aksara tersebut digunakan sama ada untuk nilai foentiknya yang tidak memainkan apa-apa peranan dalam membawa erti aksara namun menunjukkan sesuatu mengenai sebutannya; atau sebagai penunjuk erti yang diubah oleh pembubuhan 女 dalam apa cara pun atau digunakan untuk mengubah ertinya, seperti dalam jadual berikut:

Dalam imej-imej berikut, bahagian dalam aksara yang diwarnai merah ialah Pengepala Bahagian.
Semantik + fonetik
gabungan fonosemantik
Semantik + semantik
gabungan semantik

姐 jiě "kakak" → "perempuan" + elemen fonetik 且 qiě


好 hǎo "bagus" → "perempuan" + 子 zǐ "anak" (kebiasaan seorang wanita dengan seorang kanak-kanak dijadikan lambang kebaikan; asal-usul sebenar kata ini pula tidak begitu, sebaliknya kurang jelas)


媽 mā "ibu" → "perempuan" + elemen fonetik 馬 mǎ


姓 xìng "nama keluarga" → "perempuan" + 生 shēng "lahir" (mungkin menyentuh adat nasab ibu zaman kuno)


她 tā "dia"
(perempuan sahaja) - kata ganti nama yang dibinar berasaskan homofonnya 他 (tā "dia" untuk lelaki) dengan menggantikan komponen semantik dan pengepala bahagian 亻 ("manusia").


妾 qiè "maharani", "perempuan simpanan", "gundik" → "perempuan" + 立 lì "berdiri".

Contoh-contoh ini menggunakan pengepala bahagian untuk nilai semantiknya, tetapi tidak semestinya begitu. Lebihan pula, dalam contoh-contoh ini adalah mudah untuk mengenal pasti 女 sebagai elemen grafik yang berasingan daripada bahagian aksara yang lain. Dalam hal-hal lain, mengenal pasti akar semantik dan pengepala bahagiannya tidak semudah itu.